Majlis Perundingan Kampung Belingos beserta penduduk Kampung Belingos dan sekitarnya telah mengadakan gotong-royong bagi membaiki rumah salah seorang penduduk kampung berkenaan iaitu Awang Haji Yusuf bin Haji Misir, pada hari Jumaat, 5 Februari 2010 di Kampung Kinalong. Turut hadir pada gotong-royong tersebut ialah Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Pegawai Daerah Temburong. Bantuan berupa kayu dan atap zink juga diberikan kepada pemilik rumah bagi membaikpulih rumah tersebut agar pemilik rumah dan keluarga dapat tinggal di rumah berkenaan dengan lebih selesa.

Advertisements
DSC_0714

Pada 16 Oktober 2009, Balai Raya Kampung Belingos telahpun diroboh dan digantikan dengan balai raya yang baru InsyaAllah siap sepenuhnya awal bulan Februari 2010. Kerja Gotong royong ini telah dilakukan oleh Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung Belingos dengan diketuai oleh Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad, Ketua Kampung Belingos, Temburong

LAWATAN YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI KE PONDOK KULAT MPK BELINGOS PADA 9 MEI 2009 MEMBERIKAN SEMANGAT KEPADA AHLI-AHLI MPK DALAM MEMAJUKAN PEMASARAN PRODUK BERKENAAN. INI ADALAH LAWATAN YANG SANGAT BERERTI KEPADA YANG BREHORMAT AWANG HAJI SULAIMAN BIN HAJI AHAD, KETUA KAMPUNG BELINGOS SELAKU KETUA PROJEK.

Lawatan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Ke Pondok Kulat MPK Belingos Pada 9 Mei 2009 Memberikan Semangat Kepada Ahli-Ahli MPK Dalam Memajukan Pemasaran Produk Berkenaan. Ini Adalah Lawatan Yang Sangat Bererti Kepada Yang Brehormat Awang Haji Sulaiman Bin Haji Ahad, Ketua Kampung Belingos Selaku Ketua Projek. Pondok Penanaman Kulat MPK Belingos Yang Dirasmikan Oleh Yang Mulia, Awang Matusin Bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Pemangku Pegawai Daerah Temburong Pada 10 Mei 2009.

YANG MULIA, AWANG MATUSIN BIN ORANG KAYA SURA HAJI TUBA, PEMANGKU PEGAWAI DAERAH TEMBURONG, MERASMIKAN PONDOK PENANAMAN KULAT MPK BELINGOS PADA 10 MEI 2009.

Yang Mulia, Awang Matusin Bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Merasmikan Pondok Penanaman Kulat Mpk Belingos Pada 10 Mei 2009.

Kerja Gotong Royong penanaman pokok-pokok bunga di tepi jalan Kampung Peliunan telah dilaksanakan oleh ahli-ahli MPK Belingos pada hari Jumaat 25 Julai 2009 bertempat di Kampung Peliunan. Kerja Gotong Royong ini adalah bertujuan bagi mencantikkan lagi keindahan Kampung Belingos dan sekitarnya. Kerja Gotong Royong ini juga bertujuan bagi menyatupadukan budaya gotong royong di kalangan masyarakat Brunei yang mana budaya tersebut dapat dikekalkan sehingga hari ini.